ALways be SinCeRe, eVen When YoU Don'T Mean iT...

bismillah

Senin, 16 Januari 2012

Allah Yang Punya SegaLanya ^^

 


Anda seorang yang terpelajar.Alhamdulillah,.anugerah ALLAH untuk anda.
Anda seorang yang berjaya.Alhamdulillah,anugerah ALLAH untuk anda.
Anda seorang yang handsome,cantik dan bergaya.Alhamdulillah,anugerah ALLAH untuk anda.
Anda seorang ya...ng kaya.Alhamdulillah,anugerah ALLAH untuk anda.
Anda dari keturunan yang baik-baik.Alhamdulillah,anugerah ALLAH untuk anda.

Tapi sedar tak anda,andai anugerah ALLAH itu tak di jaga sebaik mungkin,tak di beri perhatian pasti andalah orang yang paling rugi di akhirat kelak.Anda mahu begitu?Tepuk dada tanya iman,jangan tepuk dada tanya selera pula.Kalau tepuk dada tanya selera pasti anda nak lebih dari itu.Manusia kan tak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki.Tepuk dada tanya iman,pasti jawapannya alhamdulillah,syukur dengan apa yang dimiliki,sebab anda tahu apa yang anda miliki tak akan kekal lama dan anda juga tahu,apa yang anda miliki semuanya milik ALLAH,sekali diri anda sendiri.


Tanyalah pada diri anda kejayaan,kekayaan yang anda kecapi kini anugerah siapa,keizinan siapa dan kehendak siapa?Selain diri sendiri,ibu bapa,keluarga tentu ada lagikan.Tak lain dan tak bukan iaitu ALLAH.
Bermuhasabahlah,siapa sebenarnya diri anda di sisiNYA. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar